KBFI S/B

 KB FOODS INDUSTRIES SDN. BHD
 

KB Foods Industries Sdn. Bhd. (KBFI) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan anak syarikat milik penuh Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB) yang mengeluarkan produk jenama BERASLI. Objektif penubuhannya adalah bagi menjalankan aktiviti perniagaan KKBB yang bergerak aktif dalam bidang pengilangan, pemborongan, pembekalan dan peruncitan.

 

Kilang KBFI terletak di No. 8 Lorong Perusahaan 1B, Kawasan Perindustrian PKNS Kuala Selangor dan berada di lokasi yang sangat strategik di mana ia berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang dan juga tidak jauh dari pelabuhan Klang.

 

Kilang KBFI mempunyai ciri-ciri yang dilengkapi dengan :-

 

·               Amalan pengilangan merangkumi GMP dan HACCP

·               Mengikut standard piawaian ISO22000:2005

·               Amalan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan

·               Mesin-mesin canggih yang menggunakan bahan “stainless steel”

·               Mempunyai peralatan uji kaji untuk R&D

·               Produk jenama BERASLI berasaskan hasil pertanian berbentuk bijirin

·               Produk keluaran KBFI adalah produk-produk yang berkhasiat

·               Pengeluaran produk mampu ditingkatkan kepada kapasiti yang maksima

 
KBFI MENAWARKAN KEPADA YANG BERMINAT :-
 
  • MEMBUAT KONTRAK PENGILANGAN
  • MEMPROSES BAHAN MENTAH UNTUK PENGILANGAN  DAN PENGELUARAN PRODUK
  • MEMASARKAN PRODUK-PRODUK KBFI