Profail

PENGENALAN

 

Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KBB) adalah merupakan sebuah Koperasi Kakitangan Padiberas Nasional Berhad. Ditubuhkan pada 30hb. Jun 1973 dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Serbaguna Kalpana Berhad.

 

Penubuhan Koperasi ini adalah hasil daripada hasrat kakitangan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada ketika itu untuk mewujudkan satu bentuk Kerjasama dan semangat saling tolong menolong dikalangan anggota-anggota dan juga mengumpul wang untuk tujuan modal perniagaan bagi membantu meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi disamping mengwujudkan satu bentuk kemudahan kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan anggota-anggota. Berikutan pengkopratan dan kemudian penswastaan institusi Lembaga Padi dan Beras Negara, nama Koperasi ini turut ditukar kepada nama Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad seperti yang dikenali pada hari ini.

 

VISI

 

MEMBENTUK DAN MENJADIKAN KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD ANTARA ENTITI KOPERASI GERGASI YANG BERJAYA

 

MISI
 
 KAMI MAHU MEMBERI DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN, PERKHIDMATAN DAN PULANGAN YANG MAKSIMUM KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA DI SAMPING MEMBENTUK SATU PENGURUSAN YANG LEBIH EFISYEN, EFEKTIF, BERETIKA DAN BERBUDAYA CEMERLANG